Pada tanggal 23 Mei 2011, warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor telah mengadakan sambutan Hari Guru yang bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Antara acara yang telah diadakan ialah sukaneka yang melibatkan para guru SKBG seperti Melontar Pundi Kacang, Isi Air dalam Botol, Menggelecek Bola Hoki, Tarik Tali serta Futsal. Pelbagai persembahan turut turut dipersembahkan oleh murid seperti tarian Bollywood, deklemasi sajak dalam bahasa Cina, tarian Inang serta persembahan istimewa oleh Guru Besar dan para guru SKBG.
Himpunan Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor
Guru Besar, En Rosli bin Hashim bersama para murid SKBG.
Aksi Puan Sabiroh yang sungguh bersemangat
Aksi Puan Nur Diana dengan kemahiran melontarnya
Puan Shah Banou begitu tekun mengisi air
Puan Mani Mekalai tetap cool
Wajah kacak Guru Besar =)
Guru lelaki dan murid beradu tenaga dalam pertandingan Bola Sepak
Persembahan dari ratu-ratu Bollywood SKBG
Walaupun semua murid dan guru berasa penat setelah tamatnya sambutan Hari Guru ini, namun, ternyata semua warga SKBG amat gembira dan sama-sama berganding bahu dalam menjayakan sambutan ini. Tahniah warga SKBG!